Allahyarham Dr Yaacob Yusof dinobat Tokoh Maal Hijrah Kelantan

Iklan
Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (tengah) hadir merasmikan majlis bagi mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.c

KOTA BHARU - Pengasas Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) di bawah Lajnah Tarbiah Pas Pusat dan Panel Pakar dalam Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Allahyarham Dr Yaacob Yusof dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan.

Anugerah itu sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau khususnya dalam pendidikan di negeri ini.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut diumumkan malam tadi ketika Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1442 Hijrah yang disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ahmad Yakob semasa menyampaikan ucapan di majlis tersebut malam tadi.

Melalui entri yang dikongsi di Facebook Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, antara yang hadir pada majlis tersebut ialah kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Iklan

Seorang saudara baru, Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah menerima Anugerah Tokoh Saudara Kita manakala Anugerah Tokoh Usahawan Daei (lelaki) diberikan kepada Mohd Rajuna Yahya dan Mazini Ismail (wanita)

Selain itu, Anugerah Jajahan Cemerlang pula dinobatkan kepada jajahan Kuala Krai dan Anugerah Pondok Harapan diberikan kepada Madrasah Daiuddin, Pondok Gual Dalam, Lubuk Setol Rantau Panjang.

Iklan

Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Neting, Tumpat menerima Anugerah Pondok Inspirasi manakala Anugerah Pondok Kreatif pula diberi kepada Madrasah Darul Abidin Kampung Bunut Rendang, Melor.