Tiga maut, kereta terbabas di Rantau Panjang

Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang dipercayai tersepit dalam kenderaan di tempat kejadian.

RANTAU PANJANG - Tiga maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Myvi yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Lubok Jong di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Mohd Syadzaa Salleh,23, dan Mohd Zakaria Zainuddin, 22, manakala dua lagi identiti belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan Bomba II, Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.14 pagi.

"Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, seorang lagi yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Iklan

Katanya, bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit.