KAFA buat keputusan terakhir esok

Iklan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat keputusan terakhir berhubung penjualan The Red Warriors (TRW) selepas mengadakan perbincangan dengan pelabur, Norizam Tukiman di Kuala Lumpur esok.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, kedua-dua pihak telah bertemu di sini hari ini untuk proses taklimat sebelum perbincangan seterusnya esok.

Iklan
Iklan

"Keputusan akan dibuat petang esok sebelum diumumkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan pelabur itu antara individu yang berminat membeli pasukan itu.

Iklan

Sementara itu, Norizam ketika ditemui pemberita berkata, kehadiran beliau ke negeri itu untuk melihat sendiri keadaan yang dilalui KAFA ketika ini.

"Kehadiran saya bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pasukan Kelantan. Harap penyokong doa yang baik-baik untuk kami berjumpa jodoh dengan pasukan Kelantan.

Iklan

"Saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan selanjutnya untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak," katanya. - Bernama