Remaja lelaki ditahan rogol adik

Iklan
PDRM

PETALING JAYA - Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki merogol adik perempuannya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan di tepi Jalan Universiti, di sini, pada jam 12.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya itu merupakan anak kedua daripada lima beradik. Kejadian diketahui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila guru kaunseling yang memaklumkan bahawa anak muridnya telah dirogol oleh abang kandungnya," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, JKM telah menyelamatkan mangsa di rumahnya, semalam, sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Iklan

"Mangsa mendakwa dirogol oleh abangnya pada 26 Julai, lalu. Hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati ada kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa dan seorang lagi adik perempuannya di tempatkan di bawah jagaan JKM sementara siasatan polis selesai.

Iklan

Menurut beliau lagi, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.