KOTA MARUDU - Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan seramai 36 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan pagi ini berkata kesemua mangsa berkenaan dari tiga buah kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Longob, Kampung Belianjung dan Kampung Mosolok.