Prosiding kes Nora Anne disiar secara langsung

Iklan
Prosiding siasatan kes kematian Nora Anne di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban akan disiarkan secara langsung dalam talian.

SEREMBAN - Prosiding siasatan kes kematian remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin yang bermula Isnin di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban akan disiarkan secara langsung dalam talian.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya dalam kenyataan di sini hari ini menyatakan, orang ramai boleh menyaksikannya melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube dan Facebook ‘The Malaysian Judiciary’ bermula Isnin pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

"Badan Kehakiman Malaysia akan mengadakan penstriman langsung mengenai prosiding itu,” menurut kenyataan itu.

Prosiding berkenaan akan berlangsung selama dua minggu di hadapan Koroner Maimoonah Aid, bermula 24 hingga 28 Ogos dan bersambung semula pada 1 hingga 4 September.

Iklan

Seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan, jelas kenyataan itu.

Mayat Nora Anne, ditemui berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya bersama keluarga di Jalan Pantai, di sini pada 13 Ogos tahun lepas susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan.

Iklan

Laporan awal bedah siasat menyatakan, kematian remaja berkenaan yang merupakan golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. - Bernama