Wan Rosdy optimis peluang calon BN

Iklan
Wan Rosdy dan isterinya, Burhah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai hari ini.

LIPIS - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isterinya,Datin Seri Burhah Mohamed selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK)Tanjung Gahai pada jam.8.50 pagi tadi.

Tiba di perkarangan sekolah pada jam 8.40 pagi, kedua-duanya mengundi di Saluran 1 sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Ketika ditemui pemberita, Wan Rosdy optimis dengan peluang yang dimiliki oleh calon BN,Ramli Mohd Nor untuk meraih kemenangan di PRK Cameron Highlands kali ini.

"Kita memang meletakkan harapan tinggi dan kalau menang ia menunjukkan pengundi membuat pilihan bijak dan jika sebaliknya kita menerima sebarang keputusan kerana negara kita mengamalkan demokrasi,"katanya lagi.

Sallehuddin mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Koyan 1 pada jam 8.20 pagi tadi.

Iklan

Dalam pada itu, beliau gembira melihat suasana pengundian hari ini yang berjalan lancar setakat ini.

"Alhamdulillah syukur suasana hari ini berjalan dengan lancar, cuaca baik serta sejuk dan nampaknya ramai pengundi keluar awal," katanya.

Iklan

Sementara itu, calon Bebas, Salehuddin Ab Talib selesai mengundi di SK Sungai Koyan 1 pada jam 8.20 pagi.