Syed Saddiq belum buat keputusan sertai Pejuang

Iklan
Syed Saddiq (kanan) mendengar luahan anak muda pada program sarapan bersama rakyat di Sungkai hari ini.

TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih belum membuat keputusan untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau kini menumpukan politik baharu dengan menggerakkan suatu gelombang terdiri daripada anak muda yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam negara.

Iklan
Iklan

"Dalam Pejuang, saya akan tetap beri sokongan dan sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin muda yang lain dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini yang telah berhijrah atau dipecat diberikan peluang.

"Walaupun saya belum menyertai parti dan masih bebas, tetap memberi sokongan kepada blok pembangkang, cuma saya nak fokus politik anak muda.

Iklan

"Saya fokus menggerakkan satu gelombang dan gerakan anak muda yang merentasi sempadan politik, kaum supaya akhirnya perwakilan anak muda dalam Parlimen, dunia korporat dan dalam setiap sistem pentadbiran itu akan lebih kuat supaya isu-isu anak muda akan menjadi isu nasional,” katanya.

2Syed Saddiq (tengah) bertemu dengan penduduk DUN Slim pada program sarapan bersama rakyat di Sungkai hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program sarapan bersama rakyat di Kampung Pekan Lama, Sungkai di sini hari ini.

Iklan

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu bagaimanapun masih berteka teki terhadap penubuhan parti baharu yang dikatakan berasaskan golongan belia.

"Kalau wujud keperluan salah sebuah parti yang majoriti berbilang bangsa diperlukan, jawapan tersebut terletak di tangan anak muda.

"Tanggungjawab saya adalah mendengar dan cuba mengangkat aspirasi mereka bermula satu gelombang dan gerakan. Di sana kita lihat apa yang anak muda mahukan tetapi saya pastikan saya nak sebatikan diri saya dengan perjuangan anak muda,” katanya.

Berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Syed Saddiq berkata, beliau berkempen memastikan calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi memenangi kerusi itu.

"Amir Khusyairi mempunyai jalan mudah untuk bersama kerajaan tetapi dia memilih untuk berprinsip.

"Ia juga menghantar mesej jelas bahawa anak muda dipilih bukan kerana jawatan atau kedudukan sebaliknya memikirkan soal negara. Kita akan berkempen sekuat mungkin memastikan calon ini menang,” katanya.