Semarak Jalur Gemilang

Iklan
Dataran Seremban dihiasi dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 pada 31 Ogos ini ketika tinjauan di Seremban, hari ini. Malaysia Prihatin menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini yang membawa maksud 'Malaysia' iaitu rakyat negara ini berganding bahu memerangi pandemik COVID-19 manakala 'Prihatin' mewakili Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui insiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). - Foto Bernama