Bapa kayuh basikal 105 km hantar anak ke pusat peperiksaan

Iklan
Shobram dan anak lelakinya menempuh perjalanan 48 jam sebelum tiba di pusat peperiksaan di bandar Dhar.

BHOPAL - Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah pengorbanan seorang bapa yang buta huruf di negeri Madhya Pradesh, India kerana sanggup mengayuh sejauh 105 kilometer (km) semata-mata untuk menghantar anak lelakinya ke sebuah pusat peperiksaan.

Shobhram, 38, berkata, dia terpaksa mengambil pendekatan itu kerana kekurangan pengangkutan awam ke pusat bandar Dhar susulan Covid-19 selain dihimpit kemiskinan.

Iklan
Iklan

Anak lelakinya, Asheesh, 15, menduduki peperiksaan pada Selasa lalu dan dua beranak itu memulakan perjalanan ke pusat bandar dari Manawar Tehsil sehari lebih awal.

"Saya tiada motosikal dan jiran tetangga pula enggan membantu. Duit yang ada dihabiskan untuk membayar yuran peperiksaan.

Iklan

"Kami tiada pilihan lain. Ini sahajalah satu-satunya cara untuk mengubah kehidupan anak saya,” katanya.

Difahamkan, peperiksaan ulangan itu dijalankan di 14 buah pusat peperiksaan di Dhar bagi pelajar yang gagal subjek tertentu.

Iklan

Kisah dua beranak itu sampai ke pengetahuan media selepas disebarkan oleh pegawai peperiksaan. - Agensi