Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion

Iklan
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia mencecah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos 2020.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos 2020, lebih tinggi berbanding dengan AS$104.2 bilion yang direkodkan pada 30 Julai 2020.

"Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan daripada import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Komponen utama Rizab Antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$95.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$4.1 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi pertukaran emas, mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM446.62 bilion; Kertas Kerajaan Malaysia (RM10.87 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM16.32 bilion); tanah dan bangunan (RM4.17 bilion); serta aset lain (RM15.24 bilion).

Iklan
Iklan

Menurut BNM lagi, modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.94 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM133.50 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM17.59 bilion), lain-lain deposit (RM16.73 bilion), kertas BNM (RM12.36 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.61 bilion). - Bernama