Helmi mahu perbaiki rekod peribadi di Tangkak

Iklan
Helmi mahu mengekalkan momentum kemenangan yang dimulakan di pusingan pembuka tirai di Litar Sepang bulan lalu.

PENDAHULU kejuaraan CP150, Mohd Helmi Azman, bertekad memperbaiki rekod peribadi di Litar Tangkak menjelang pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 minggu ini.

Pelumba Hi Rev Honda SCK Racing tersebut mahu mengekalkan momentum kemenangan yang dimulakan di pusingan pembuka tirai di Litar Sepang bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Musim ini, tiga daripada lapan pusingan kejuaraan akan dianjurkan di litar sepanjang 1.1km ini. Jadi, boleh dikatakan bahawa Litar Tangkak menyimpan kunci kejayaan bagi saya dan Hi Rev Honda SCK Racing. Kami sudah yakin dengan kemampuan jentera kami di Litar Sepang tetapi kelebihan di Litar Sepang sahaja tidak memadai,” kata Helmi.

Pada musim 2019, dua pusingan Cub Prix dianjurkan di Litar Tangkak di mana Helmi terjatuh di pusingan ketiga dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 di pusingan kelapan.

Iklan

"Kami mensasarkan kedudukan podium ataupun sekurang-kurangnya kedudukan lima teratas di pusingan yang akan datang ini.

"Itulah langkah pertama bagi pasukan kami terus memperbaiki prestasi di Litar Tangkak," katanya.

Iklan