Jeffrey kecewa keputusan mahkamah

Iklan
Jeffrey kecewa selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak semakan kehakiman mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kecewa selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak semakan kehakiman mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu selepas diperkenankan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Menurut laporan Awani, beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) percaya pihaknya akan berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan.

Iklan
Iklan

"Sedikit mengecewakan. Namun saya yakin ia akan mendapat kejayaan dalam tempoh rayuan nanti, yang akan dibuat di Kuala Lumpur.

"Kita akan tunggu dan lihat keputusan di Mahkamah Rayuan minggu depan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan PRN Sabah diteruskan

Pembubaran DUN Sabah: 33 ADUN kemuka rayuan

Iklan

Jeffery merupakan salah seorang daripada 33 ADUN yang memohon kebenaran semakan kehakiman terhadap pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jentera partinya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Di peringkat parti, kita memang telah bersiap sedia,” katanya.