Seludup ayam beku guna laluan tikus

Iklan
Maqis Kelantan menerima serahan barangan seludup berupa keratan ayam beku seberat 1,404kg yang cuba dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini menggunakan laluan tikus.

RANTAU PANJANG - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan dan polis merampas keratan ayam beku seberat 1,404 kilogram (kg) yang cuba dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini melalui laluan tikus.

Rampasan berjumlah RM31,000 termasuk dua buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk menyeludup barangan tersebut.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan, Mohd Azam Yahya berkata, Aksem melakukan rampasan 720kg ayam beku pada jam 3.30 pagi di Meranti, Pasir Mas sebelum menyerahkannya kepada Maqis.

"Anggota Aksem Kelantan menahan sebuah kereta Proton Waja yang membawa barangan tersebut dan didapati tiada permit sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Tambah Mohd Azam, anggota polis pula merampas ayam beku seberat 684kg bernilai RM5,700 selain kereta Proton Persona yang digunakan untuk menyeludup barangan tersebut.

Katanya, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Iklan