Perunding motivasi dijel tiga bulan lakukan kelucahan melampau

Iklan
Muhammad Zahiruddin dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki empat tahun lepas. (Gambar hiasan 123RF)

KUALA LUMPUR - Seorang perunding motivasi dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki empat tahun lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Dr Muhammad Zahiruddin Mohd Khairulazhar, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama prosiding membela dirinya.

Iklan
Iklan

Aina Azahra memerintah tertuduh menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula hari ini.

Dia didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 15 tahun di lorong perumahan berhampiran Tasik Kecil Medan Idaman Taman Ibu Kota Wangsa Maju, di sini pada jam 5.30 petang, 17 September 2016 mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Iklan

Mahkamah Majistret sebelum ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan itu, bagaimanapun Mahkamah Tinggi memerintahkan Muhammad Zahiruddin membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira umur mangsa semasa kejadian adalah 15 tahun dan tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa tertekan sehingga ingin membunuh diri.

Iklan

"Mangsa juga dalam keadaan takut apabila diperas ugut tertuduh,” katanya.

Peguam Azlan Abdul Razak dalam rayuan memohon hukuman penjara minimum kerana anak guamnya masih muda dan telah menyesal dengan tindakannya selain masih terlibat meneruskan aktiviti motivasi.

Berdasarkan fakta kes, bapa kepada remaja itu yang merupakan pengadu dalam kes tersebut memberitahu anaknya mengenali tertuduh semasa dia hadir ke pejabatnya pada Jun 2016 untuk berbincang tentang kerja seni mempertahankan diri.

Tertuduh ingin berkenalan dengan anak pengadu lalu meminta nombor telefon dan menyatakan mahu mengambilnya sebagai adik angkat.

Selepas itu tertuduh terus berhubung dengan anaknya dan beberapa kali mahu berjumpa bersama, namun ditolak oleh anak pengadu, bagaimanapun akhirnya mangsa keluar bersama dengan tertuduh, lalu tertuduh telah mengajak mangsa melakukan perbuatan kelucahan melampau di dalam sebuah kereta.

Susulan kejadian itu, mangsa telah memberitahu ibu bapanya sebelum membuat laporan polis. - Bernama