Warga emas maut ditetak penyamun

Iklan
Kawasan depan kediaman mangsa yang turut dipenuhi darah

TANAH MERAH - Seorang warga emas ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan biliknya dalam kejadian pecah rumah di Kampung Chap Rimau di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 84 tahun mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan belakang kepala dipercayai dipukul dengan senjata tajam jenis kuku kambing dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi,

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, mangsa yang hanya berniaga secara kecil-kecilan tinggal di kediaman itu seorang diri ketika kejadian.

"Hasil siasatan awal yang dilakukan mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan disahkan meninggal oleh pihak hospital.

Iklan

"Kita jalankan siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan setakat ini masih mengesan suspek,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan lanjut.

Iklan