'Pemimpin bukan milik mutlak parti...'

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Md Yusof ketika bercakap pada program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini malam ini. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengingatkan akar umbi bahawa pengasas dan pemimpin bukan menjadi hak mutlak kepada parti.

Katanya, pemimpin itu akan datang dan pergi tetapi sekiranya beliau dipilih Naib Presiden Bersatu, beliau akan meneruskan usaha untuk terus memacu pembangunan perjuangan parti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya Pak Wan tidak dipilih mungkin ada orang yang lebih baik akan memacu perjuangan parti itu. Bukan saya nak kata saya lebih bagus tetapi saya orang yang membantu mengasaskan parti, memilih MPT, melantik penaja di peringkat negeri dan bahagian. Kita faham sebagai pengasas, saya dapat rasakan dengan apa yang saya bawa, saya yakin akar umbi akan memilih.

"Kita lebih faham dan telah dalaman parti. Dalam perkara ini perlunya akar umbi memilih calon demi memastikan kelestarian parti," katanya pada program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini malam ini.

Iklan

Mohd Redzuan merupakan salah seorang daripada 18 calon Naib Presiden Bersatu yang akan bertanding pada pemilihan parti itu bersama, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ketua Bersatu Bahagian Ketereh, Dr Radzi Jidin.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, perlu wujud kesinambungan antara orang lama dalam parti yang dapat memimpin barisan anak muda yang bakal menjadi pemimpin kelak.

Iklan

"Jika kita laksanakan perkara tersebut, kita tidak lari daripada kesinambungan dasar perjuangan parti. Saya rasa kita perlu berusaha memberikan maklumat dan pengetahuan kepada akar umbi.

"Insya-ALLAH, saya rasakan akar umbi memahami perjuangan Bersatu. Kita akan terus memperkasakan parti yang dipimpin oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hari ini diterima baik walaupun parti kita kecil tetapi mampu bekerjasama membentuk gabungan yang membentuk kerajaan pada hari ini," katanya.