Polis Marin Tawau selamatkan enam pemancing hanyut di laut

Iklan

TAWAU - Polis Marin (PPM) Tawau menyelamatkan enam pemancing yang hanyut di laut apabila bot yang mereka dinaiki mengalami kerosakan enjin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita tempatan, seorang lelaki Australia dan seorang lelaki Indonesia itu ditemukan pada pukul 4.55 petang.

Iklan
Iklan

"Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan selepas Bilik Gerakan PPM Tawau menerima maklumat kecemasan dan bot ronda RH59 digerakkan bagi tugas mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata sejam kemudian sebuah bot pancing yang mengalami kerosakan enjin ditemukan di perairan Laut Inderasabah.

Iklan

Katanya, operasi menyelamat itu berjalan lancar dan semua mangsa serta bot ditunda dan tiba di jeti pancing Fishing Paradise Sungai Balung, Kampung Inderasabah pada 8 malam tadi.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata PPM Tawau turut menahan tiga lelaki di perairan sini pada Khamis lalu atas pelbagai kesalahan.

Iklan

Menurutnya, pada tangkapan pertama pada pihaknya menahan dua lelaki berumur 17 dan 24 tahun selepas cuba menyeludup keluar tujuh tong gas menggunakan dua perahu di kawasan Laut Haji Kuning pada 4.30 petang.

"Dalam Ops Gelora itu juragan bot gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dipercayai tong gas itu hendak diseludup ke negara jiran," katanya lagi.

Selain itu, katanya kes kedua melibatkan penahanan seorang lelaki berumur 48 tahun yang sedang memunggah 320 bungkus rokok seludup dari hadapan kedai masuk ke dalam sebuah kereta di jalan pasar di sini.

Dalam kejadian 8.40 malam itu, suspek cuba melarikan diri semasa serbuan tetapi berjaya ditangkap dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.- Bernama