KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada jam 8.39 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34km.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama