Muafakat Nasional gagasan yang terbuka

Iklan
Mohamed Khaled (kiri) hadir pada Program Bantuan Makanan Yayasan Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG - Muafakat Nasional yang kini menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai gagasan politik bersifat inklusif dan bukannya eksklusif yang mana terbuka kepada mana-mana pihak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Muafakat Nasional merupakan satu gagasan yang bertujuan untuk memantapkan kedudukan orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

Iklan
Iklan

"Terbuka, tetapi tidak eksklusif, ia inklusif kepada sesiapa sahaja. Tiada kaitan dengan persiapan pilihan raya atau agihan kerusi," katanya pada sidang akhbar selepas Program Bantuan Makanan Yayasan Pasir Gudang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa semalam yang memaklumkan Bersatu sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Muafakat Nasional pada Selasa lalu.

Iklan

Khaled berkata, kekuatan UMNO tidak sesesekali terjejas biarpun terdapat ura-ura ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"UMNO dengan cara UMNO, kita akan teruskan dengan parti dan Barisan Nasional (BN).

Iklan

"Kita adalah sebahagian parti yang bekerja dengan Muafakat Nasional dan ia akan diperkukuhkan lagi," katanya