Kes kuarantin: Menteri pun tak akan terlepas tindakan undang-undang

Iklan
Mohd Khairuddin - Foto fail Bernama

KOTA BHARU - Terserah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara pada 7 Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun Mohd Khairuddin adalah menteri tetapi beliau tidak boleh lepas daripada proses undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

"Kita serah kepada pihak yang berautoriti iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau ada laporan polis, polis kena siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Teresa dakwa menteri pulang dari Turki tidak jalani kuarantin

Iklan

Ujian Covid-19 Dr Khairuddin negatif

Pemuda Amanah Selangor gesa siasatan segera terhadap menteri

Iklan

"Proses undang-undang biasalah (tidak terkecuali) walaupun seorang menteri,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam melibatkan 300 penerima, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan (kanan) beramah mesra bersama penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan pada Majlis Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini. - Foto Bernama

Isu Mohd Khairuddin itu mendapat kritikan di media sosial kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak mematuhi perintah kuarantin wajib selama 14 hari setelah pulang dari Turki.

Dalam pada itu, mengulas perkara sama, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, bagaimanapun Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

"Siasat dahulu kalau ada asas-asas kesalahan dan bawa ke mahkamah untuk jatuh hukum jika beliau bersalah.

"Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Samalah tak kira siapa dia, rakyat atau pemimpin,” katanya lagi.