Muafakat Nasional masih kukuh: Mohd Amar

Iklan
Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B), Datuk Md Anizam Abdul Rahman (kanan) memakaikan tanjak kepada Mohd Amar pada Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

KOTA BHARU - Gabungan parti dalam Muafakat Nasional masih kekal kukuh walaupun ada beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mendakwa gabungan tersebut 'retak menanti belah' adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal.

Iklan
Iklan

"Tidak ada apa, orang nak bercakap, kita nak kata apa. Dari segi kami, tiada apa pun. Perbezaan pandangan itu perkara biasa.

"Kadangkala orang yang bercakap itu pun mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak terlibat pun dalam perundingan. Orang yang terlibat lebih tahu apa yang berlaku.

Iklan

"Ramai yang keluarkan kenyataan seperti itu tapi mereka sebenarnya cakap apa yang mereka fikir," katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali-28 Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, beliau mengakui wujud beberapa masalah teknikal memandangkan gabungan itu melibatkan beberapa parti.

Namun, katanya, perkara tersebut dapat dikawal terutamanya melibatkan isu pembahagian kerusi dan ia dijangka dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Ketika ditanya mengenai persediaan PRU, Mohd Amar berkata, Pas sedang melakukan persiapan terbaik dan berharap semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.