Kejuaraan terindah buat Sevilla

Iklan
Lopetegui dijulang kesebelasan Sevilla setelah muncul juara semalam. -Foto: In Reuters.com

PENGENDALI Sevilla, Julen Lopetegui menyifatkan kejayaan gergasi Sepanyol itu menjulang kejuaraan Liga Europa kali keenam selepas menewaskan Inter Milan 3-2 pada perlawanan akhir di Rhein Energie Stadion, Colonge sebagai pencapaian terbaiknya di peringkat senior sebagai jurulatih.

"Kejuaraan keenam untuk Sevilla pada pentas Liga Europa cukup sangat istimewa bukan hanya untuk kelab ini dan penyokong tetapi juga kenangan terindah untuk saya sebagai pengendali pada tahap skuad senior.

Iklan
Iklan

"Ya, kami tampil dengan rekod lebih baik pada pertandingan ini, namun semuanya tidak akan memberi impak positif tanpa kerja keras dan disiplin tinggi dalam kalangan pemain-pemain Sevilla.

"Pada masa ini biarlah pemain-pemain meraikan kejayaan ini kemudiannya berehat sebelum kembali memulakan cabaran baharu musim depan," kata Lopetegui.

Iklan

Pada aksi di Colonge itu, Romelu Lukaku terlebih dulu meletakkan Inter di depan seawal minit kelima menerusi sepakan penalti sebelum dua gol penyerang Luuk de Jong pada minit ke-12 dan 33 menghidupkan harapan Los Palanganas

sebelum gol minit ke-35 Diego Godin memastikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 2-2.

Iklan

Bersambung babak kedua, kedua-dua kelab kembali lebih agresif mengasak lawan masing-masing, namun tuah nyata menyebelahi pakar Liga Europa itu apabila sepakan Diego Carlos terbias terkena Lukaku pada minit ke-74 untuk kemenangan 3-2 Los Palanganas sekali gus melebarkan kemarau kejuaraan Eropah kelab Itali itu untuk tahun kesebelasnya.

Sevilla sebelum ini dikenali sebagai pakar final saingan itu selepas tidak pernah tewas pada edisi 2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016 sebelum kemenangan Los Palanganas di Rhein Energie Stadion.

Pada masa sama bekas pengendali Real Madrid berusia 53 tahun itu memuji komitmen De Jong pada perlawanan berkenaan.

"De Jong telah mempamerkan kualiti yang sangat baik pada final ini. Dia berada di tempat yang tepat pada masa yang sesuai bagi menterjemahkan semua tindakan dalam bentuk gol.

"Pemain-pemain lain juga tidak hilang fokus atau panik biarpun Sevilla ketinggalan satu gol awal jaringan Lukaku.

"Kami telah menghadapi dua penalti dalam dua perlawanan terakhir. Ia sangat sukar, tetapi kami tidak pernah menyerah, tidak pernah mengeluh berputus asa," katanya.