Maqis rampas 16,200kg lemak babi

Iklan
Lemak babi yang disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang pada Isnin lalu.

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 16,200 kilogram (kg) lemak babi yang dibawa masuk dari Belanda di pintu masuk Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang di sini Isnin lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati lemak babi yang dibawa masuk itu tidak mematuhi syarat-syarat import.

Iklan
Iklan

"Tiada nama dan alamat loji dinyatakan pada label pembungkusan dan siasatan mendapati tujuan dagangan itu dibawa masuk ke negara ini adalah sebagai bahan pembuatan biskut.

Pegawai Maqis memeriksa kontena dengan muatan lemak babi di NBCT Pulau Pinang Isnin lalu.

"Dagangan dalam kontena itu dianggarkan bernilai RM110,456.37 dan disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Zarina berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728).

"Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Iklan