Hubungi saya jika ada maklumat pusat judi: Nik Ezanee

Iklan
Kakitangan TNB dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memotong bekalan elektrik di salah sebuah sebuah premis perjudian di Petaling Jaya Selatan hari ini.

PETALING JAYA - Polis menggesa orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui aktiviti perjudian dan pelacuran di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan terus membuat pemeriksaan di premis berdasarkan maklumat atau aduan tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh baru-baru ini di kawasan Oasis Damansara, penduduk salurkan maklumat tentang pusat perjudian di situ, kita gempur dan hasilnya tiada lagi pusat judi di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pemotongan bekalan elektrik di premis perjudian dan pelacuran oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya Selatan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, sebanyak 97 permohonan pemotongan bekalan elektrik terhadap premis haram di Petaling Jaya telah dibuat sejak Februari tahun ini.

"Selepas ini kita akan bertindak tegas bukan setakat penyewa, malah pemilik dan ejen yang menjadi orang tengah sewakan premis kepada dalang judi serta pelacuran tidak terlepas daripada tindakan tegas.

Iklan

"Jadi saya harap mereka (ejen, pemilik premis) ambil tahu latar belakang penyewa termasuk perniagaan apa yang hendak dijalankan sebelum menyerahkan premis untuk disewa," katanya.

Katanya, pengusaha pusat haram berkenaan licik apabila dikesan beroperasi melalui pintu belakang premis bagi mengelak dikesan.

"Saya isytiharkan seluruh Petaling Jaya kini adalah kawasan hijau, bebas daripada aktiviti perjudian dan pelacuran.

"Kalau orang ramai tidak mahu bersemuka dengan saya tidak mengapa, mereka boleh telefon dan beri maklumat kepada balai," katanya.