MUAR - Anggota bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan kaki kiri seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Nilam Sari di sini hari ini.
Komandan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera pemadam (FRT) dan sebuah ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah hari.