JOHANNESBURG - Mangsa terselamat daripada wabak Selesema Perancis pada 1918 dan dipercayai sebagai individu tertua di dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun di Afrika Selatan hari ini.
Fredie Blom yang dilahirkan pada 8 Mei 1904 dianggap sebagai pemegang rekod tidak rasmi untuk individu tertua di dunia selepas Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Briton Bob Weighton di United Kingdom (UK) berusia 112 tahun untuk kategori tersebut.
Iklan
Iklan
Jurucakap keluarganya, Andre Naidoo berkata, datuknya masih memotong kayu api dua minggu lalu.
"Dia seorang lelaki yang kuat," ujarnya yang menjelaskan keadaan kesihatan Blom mula terjejas beberapa hari selepas itu.
Menurutnya, punca kematiannya adalah secara semula jadi dan bukan disebabkan koronavirus (Covid-19).
Blom yang dilahirkan di Adelaide terletak berhampiran kawasan pergunungan Great Winterberg di wilayah Eastern Cape didakwa terselamat daripada wabak Selesema Sepanyol yang telah menyebabkan kematian seluruh keluarganya.
Dia kemudiannya meneruskan kehidupan dan berkahwin serta dikurniakan tiga cahaya mata. - AFP