Azroy terpantas di Tangkak

Iklan
Azroy mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Kelas CP150 saingan Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 di Litar Lumba Tangkak hari ini.

PELUMBA Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar melaung amaran awal apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Kelas CP150 saingan Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 di Litar Lumba Tangkak hari ini.

Pelumba kelahiran Selangor itu yang sekadar menamatkan saingan ketiga di Pusingan Pertama di Litar Sepang bulan lalu seolah-olah melepaskan geram apabila merekodkan catatan 44.031 saat (s) sekali gus penguasaan lebih mantap sebagai isyarat awal menawan litar sepanjang 1.025 kilometer berkenaan menjelang perlumbaan sebenar esok.

Iklan
Iklan

Pada sesi latihan bebas pertama sebelum itu, dia sekadar mencatat masa ke-13 terpantas iaitu 45.000s sepusingan sebelum bangkit pada sesi latihan kedua untuk berada dalam kelompok lima teratas dengan masa 44.479s.

Menurut Azroy:"Setakat ini, semuanya berjalan seperti dirancang. Keadaan jentera sangat stabil dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan yang lebih baik pada aksi sebenar esok."

Iklan

Sementara itu, juara Pusingan 1, Md Helmi Azman darii Hi Rev SCK Honda Racing masih belum mempamerkan belangnya apabila sekadar menamatkan kedudukan ketujuh dengan catatan masa 44.320s.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz pula kedua terpantas dengan masa 44.050s manakalad Md Iqbal Amri Abd Malik yang menggalas cabaran AHM Motorsports ketiga terpantas dengan masa 44.098s.

Iklan

Bagi Kelas CP125 pula, pelumba ONEXOX TKK SAG Team, Md Shafiq Rasol tampil dalam kelas tersendiri apabila anak jati Melaka itu menamatkan sesi berkenaan dengan masa 46.026s.

Tempat kedua pula milik rakan sepasukannya, Md Hafiza Rofa (46.318s) manakala pelumba IPONE Yamaha YYPang Racing Team, Md Fareez Afeez Abd Rahman ketiga (46.343s).

Bagi sesi kelayakan bagi Kelas Wira turut menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan pelumba ONEXOX SAG Team.

Md Norhakim Norhafizullah muncul terpantas bagi saingan kelayakan A dengan catatan masa 46.944s manakala rakan sepasukannya, Md Aeiman Hafidz Shahril di tempat kedua (47.038s).

Kelayakan B pula dikuasai pelumba Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing, Md Idlan Haqimi Raduan dengan catatan 47.165s manakala Md Izzat Md Raduan dari ONEXOX SAG Team pula kedua (47.217s)

Begitu pun ketika berlangsungnya sesi Shoot-Out bagi kelas Wira membabitkan 10 pelumba terbaik, Idlan mencuri tumpuan apabila tampil terpantas dengan masa 46.922s, sekali gus bakal bermula di petak pertama pada perlumbaan sebenar esok.

Norhakim yang mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan B bakal bermula di petak kedua selepas muncul kedua terpantas pada sesi Shoot-Out dengan masa 46.932s.

Aeiman pula bakal menghuni petak ketiga apabila menghuni kedudukan ketiga pada sesi Shoot-Out dengan masa 47.019s.

Juara kelas Wira Pusingan 1, Rahimi Nabil (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing kurang tampil maksimum apabila terkeluar daripada sesi Shoot-Out selepas sekadar menghuni kedudukan ke-10 pada sesi kelayakan A.

Peminat Cub Prix juga boleh mengikuti perlumbaan ini secara langsung menerusi FB Live MalaysianCubPrix.