KUALA LUMPUR - Peniaga, Emma Balqis Othman,44, menyusun kain tudung bercorak Jalur Gemilang yang dijual menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 pada 31 Ogos ini semasa tinjauan di ibu kota hari ini.
'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.- Foto Bernama