Lelaki meninggal dunia ketika daki Bukit Besar

Iklan
Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa turun mangsa sebelum dibawa ke HSNZ. Gambar kecil: Wan Mohd Azmi. -Foto: Ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia ketika mendaki Bukit Besar di sini pagi tadi.

Mangsa, Wan Mohd Azmi Wan Ibrahim, 54, dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit berkenaan berseorangan dengan melalui laluan denai di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mangsa yang juga ejen insurans dikatakan mengalami sesak nafas sebelum rebah di kawasan itu kira-kira jam 8.40 pagi.

Menurut saksi, Zawawi Ngah, 62, beliau yang turut melalui laluan sama ternampak mangsa tiba-tiba rebah.

Iklan

"Waktu sampai di pertengahan jalan saya ternampak mangsa yang ketika itu berada berada pada jarak 200 meter di hadapan saya tiba-tiba rebah.

"Saya sangka dia mungkin pengsan atau sesak nafas tetapi bila letak tangan pada badan dia saya rasa badan dia sejuk. Saya segera tolong setakat yang mampu seperti beri bantuan pernafasan.

Iklan

"Dalam masa yang sama saya beritahu kepada rakan-rakan yang lain supaya minta pertolongan,” katanya.

Sementara itu, Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zamberi Omar berkata, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk membawa turun mangsa yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 500 meter.

"Setiba di lokasi mangsa diberikan bantuan kecemasan dan pernafasan namun gagal diselamatkan.

"Mayat mangsa dibawa turun dari puncak bukit menggunakan pengusung sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.