Nelayan Kuala Sanglang terjejas
Iklan
Abd Razak menunjukkan hasil tangkapan yang tidak terjual di pelantar ikan di sini hari ini.
SANGLANG - Hampir 300 nelayan dan peniaga di Kuala Sanglang di sini terjejas akibat salah faham lokasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran yang dilaksanakan bermula 8 Ogos lalu.
Mereka mendakwa ramai yang keliru antara Kuala Sanglang, Perli dan Kuala Sanglang, Kedah.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, kerajaan Perlis melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran selama 28 hari bermula 8 Ogos lalu membabitkan dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akibat penularan Kluster Sivagangga.
Ketua Super Nelayan Kuala Sanglang, Mohd Zuker Ramli, 49, berkata, nelayan kini berhadapan dengan lambakan ikan apabila peraih dan pemborong tidak lagi mengambil hasil tangkapan mereka.
Iklan
Katanya, keadaan itu menyebabkan harga ikan kembung jatuh sehingga RM2 sekilogram berbanding RM7 sekilogram sebelum ini.
Mohd Zuker
"Kadang-kadang kalau tak habis, kami terpaksa bawa jual ke pasar borong di Alor Setar atau buat kering untuk makan sendiri.
Iklan
"Pendapatan kami menurun secara drastik sehingga terpaksa mencari kerja sampingan lain untuk menampung belanja rumah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang nelayan, Abd Razak Ahmad, 53, berkata, setiap hari dia akan turun ke laut selepas Subuh dan pulang sekitar jam 8 pagi.
"Ketika pulang pagi tadi saya menunggu seketika di pelantar ikan tetapi tiada pelanggan yang datang dan saya pulang ke rumah. Apabila datang semula ke sini pada jam 10 pagi, ikan saya masih masih ada. Jika sampai petang tidak habis, ikan terpaksa dikeringkan atau buat baja," katanya.
Bagi pengusaha Restoran Seri Tanjung, Roaini Don,48, perniagaannya turut terjejas kerana pelanggan bimbang untuk berkunjung ke restorannya sejak pengumuman PKPD secara pentadbiran terbabit.
Roani
"Mungkin pelanggan keliru antara Kuala Sanglang Kedah dan Kuala Sanglang Perlis. Kami berada di sebelah Kedah dan tiada pesakit koronavirus (Covid-19) dalam kawasan kami. Bahkan kami tidak terletak dalam kawasan PKPD Secara Pentadbiran.
"Situasi ini sudah berlarutan hampir tiga minggu dan saya terpaksa tutup kedai untuk mengelakkan kerugian.
"Insya-ALLAH awal bulan depan restoran saya akan beroperasi semula. Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk datang ke sini kerana kami mematuni SOP (prosedur operasi rtandard) yang kerajaan tetapkan," katanya.
Dr Salmee (kanan) melihat hasil laut yang dibawa balik oleh seorang nelayan di Kuala Sanglang di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dr Salmee Said berharap orang ramai terutamanya yang berada di luar kawasan ini tidak menganggap Kuala Sanglang, Kedah sebagai kawasan berbahaya.
"Kawasan ini tidak merekodkan sebarang kes positif Covid-19 malah individu yang perlu membuat saringan sebelum ini pun sudah tamat tempoh kuarantin dan keputusannya semua negatif.
"Kasihan nelayan di sini kerana peraih tidak membeli tangkapan mereka. Pengusaha restoran makanan laut dan ikan kering turut terjejas, mereka sangat tertekan kerana kehilangan punca pendapatan ketika ini," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam