Kanak-kanak 9 tahun lemas ketika bercuti

Iklan
Lokasi mangsa dipercayai terjatuh sebelum mayat ditemukan oleh orang awam. Gambar kanan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Perak.

LARUT - [DIKEMASKINI] Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui lemas di kawasan air terjun di Kampung Air Itam, Batu Kurau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.22 petang itu, mangsa, Nurul Syahfiqah Muhamed Fairuz yang berasal dari Kampung Tekah, Taiping dikatakan berkelah bersama keluarganya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, berdasarkan keterangan, mangsa mandi bersama empat adik-beradiknya yang lain.

"Mangsa mandi di kawasan berbatu tiba-tiba tergelincir dan jatuh. Ibu bapa dan orang awam yang berada di lokasi membantu mencari mangsa.

Iklan

"Pada masa sama, pihak bomba dan kesihatan dimaklumkan mengenai kejadian itu. Mangsa kemudiannya berjaya dijumpai oleh orang awam tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba memberi bantuan awal pernafasan, namun mangsa gagal diselamatkan.

Iklan

"Pegawai kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 3 petang.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.