Melaka perkenal ikan pelaga di sekolah

Iklan
Norhizam ketika melihat super red betta.

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka sedang merancang untuk memperkenalkan ikan pelaga atau ikan betta kepada kepada generasi muda melalui sekolah-sekolah di Melaka.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi, Norhizam Hasan Baktee berkata, langkah itu bertujuan untuk memperkembangkan industri itu yang dilihat memerlukan kos yang rendah selain penjagaan yang tidak terlalu sukar sekali gus mampu merancakkan industri ikan betta.

Iklan
Iklan

"Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Perikanan Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ia dapat dilaksanakan termasuk peruntukan yang boleh dipertimbangkan serta disalurkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

"Saya juga berharap kelab-kelab ikan seperti Kelab Ikan Betta Melaka (KBM) akan lebih kerap menganjurkan pertandingan yang secara tidak langsung dapat menarik minat generasi muda dan mempromosikan lagi spesies ikan ini,” katanya.

Iklan

Norhizam berkata demikian ketika program bersama media dan sesi mengagihkan kotak limau kepada warga Dun Pengkalan Batu di Hotel Muzaffar, di Ayer Keroh di sini, tadi.

Dalam perkembangan lain, Norhizam berkata, kerajaan negeri juga akan menaikkan semula tanaman mangga Delight dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memandangkan permintaan buah-buahan jenis itu tinggi di negeri ini seperti minuman ‘mango float.’

Iklan

Menurutnya, perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat Exco dan Ketua Menteri, Adly Zahari mencadangkan ia menjadi ‘Signature Product’ Melaka.

"Cabarannya apabila pengusaha tanaman itu semakin berkurangan yang dianggarkan kira-kira hanya 20 peratus sahaja yang tinggal seperti di Tangga Batu dan Jasin.

"Menerusi Fama kita akan berusaha untuk membangunkan dan mengembangkan lagi industri mangga Delight bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan,” katanya.