Sempadan Malaysia-Singapura dibuka: Harap semua patuhi SOP

Iklan
Hasni (tengah) dan Vidyanathan (kiri) melihat replika nyamuk aedes pada Majlis Pelancaran Kempen Perangi Denggi 2020 Peringkat Negeri Johor di Taman Mawar, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG - Semua pihak diharap dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan sejak pembukaan sempadan Malaysia-Singapura pada 17 Ogos lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Jabatan Kesihatan Johor sentiasa memantau dalam memastikan SOP itu dipatuhi dan berjalan lancar sekali gus dapat mengawal penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Jabatan Kesihatan komited dalam memastikan pembukaan (sempadan bagi) rakyat kedua-dua negara dapat merentas sempadan serta meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

"Kita juga akan pastikan kes positif di negeri ini dapat dikawal," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Johor Perangi Denggi 2020 di Taman Mawar di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil; Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang dan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Hasni (kanan) dan Vidyanathan (kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Perangi Denggi 2020 Peringkat Negeri Johor di Taman Mawar, Pasir Gudang hari ini.

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura itu adalah menerusi dua skim iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Iklan

RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara manakala PCA akan membolehkan penduduk, yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara memasuki negara itu.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sekiranya mereka yang mengikuti kategori RGL dan PCA mematuhi disiplin dan semua SOP, keputusan membenarkan kategori ketiga dan keempat akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Hasni menganggap usaha membanteras denggi sebagai satu usaha dan ‘jihad’ dalam memastikan pembangunan negeri ini tidak terencat akibat wabak berkenaan.

Katanya, wabak itu yang melanda negeri ini sudah memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi terutama daripada segi kadar pengangguran yang meningkat.

"Saya berharap rakyat di negeri ini dapat menghayati Kempen Johor Perangi Denggi 2020 sekali gus menyahut kempen ini dalam memastikan kita dapat memerangi wabak ini.

"Usaha ini penting supaya sekiranya kita gagal memeranginya (Covid-19 dan denggi) kita akan gagal dalam pelbagai perkara terutama agenda pembangunan negeri ini dan peluang meningkatkan taraf ekonomi rakyat,” katanya.