TNB potong bekalan elektrik premis judi di Sungai Buloh

Iklan
Anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh memecahkan pintu premis judi dalam talian. Kakitangan TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik.

SUNGAI BULOH - Sebanyak lapan premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Sungai Buloh dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad hari ini.

Sumber polis memaklumkan operasi pemotongan bekalan elektrik melibatkan premis di sekitar Matang Jaya dan Kampung Baru Sungai Buloh.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 11 lagi premis terlibat dengan perjudian di Kampung Baru Sungai Buloh bakal dikenakan tindakan yang sama," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian yang mengikuti operasi hari ini mendapati semua premis yang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik tidak lagi beroperasi namun ditinggalkan dalam keadaan berkunci.

Iklan

Hampir kesemua pusat perjudian terbabit berselindung di sebalik pusat snuker malah ada yang beroperasi di sebelah warung dan kedai makan.

Premis perjudian dalam talian yang sudah tidak lagi beroperasi dikunci bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.

Operasi diketuai Inspektor Hady Husaini Hussin bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Sungai Buloh terpaksa memecahkan pintu premis terbabit bagi memastikan aktiviti haram itu tidak berlaku lagi.

Iklan

"Sebanyak 24 premis lagi di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, Matang Pagar dan Bukit Rahman Putra turut dikenakan tindakan yang sama minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan operasi berkenaan.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289-Pindaan 2001) dan Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik (pindaan 2001).