Lelaki dera anak teman wanita hingga mati direman

Iklan
Pemandu Grab yang disyaki mendera anak teman wanitanya sehingga mati Jumaat lalu, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

PETALING JAYA - Pemandu Grab yang disyaki mendera anak teman wanitanya sehingga meninggal dunia Jumaat lalu, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga akan dilakukan.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 26 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan belum ada keterangan diambil setakat ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan suspek ditahan di Subang Jaya pada jam 12.40 tengah hari semalam.

Dalam kes itu, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di kediaman mereka di Pangsapuri Vista, Damansara.

Iklan

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan di bahagian kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak dua tahun maut dipercayai didera teman lelaki ibu