‘Muafakat Nasional bertahan lama jika saling bergantung’

Iklan
Tuan Ibrahim (lima dari kiri) bersama tetamu mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan di Grandara Hall, Pendek, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU - Muafakat Nasional akan bertahan lama sekiranya parti komponen yang terlibat saling bergantung antara satu sama lain dan tiada parti mendominasi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin gabungan tiga parti Melayu itu mampu bertahan lama jika meletakkan asas berkenaan dalam menguruskan Muafakat Nasional.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sesebuah gabungan politik akan berfungsi dengan baik atau tidak bergantung kepada parti komponen yang menguruskannya.

"Apabila kita urus dengan cermat dan hormat menghormati, saya yakin ia boleh bertahan lama. Pertama sekali isu dominasi, semua parti perlu bergantung satu sama lain.

Iklan

"Kalau berlaku dominasi pada satu parti ia tidak akan bertahan lama,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan khas dan kit koronavirus (Covid-19) kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru serta Kelab Guru Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Kubang Kerian di Grandara Hall, Pendek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan semua parti untuk duduk di meja rundingan jika ada masalah.

Iklan

"Jika ada masalah, kita perlu duduk di meja rundingan untuk selesaikan cara baik dan saya berharap Muafakat Nasional mampu bertahan sampai bila-bila demi masa depan negara,” katanya.

Ketika mengulas mengenai persetujuan Bersatu menyertai Muafakat Nasional, beliau berkata, Pas mengalu-alukan penyertaan parti yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.