Pas-BN akan terus bekerjasama, kata Hadi

Iklan
Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU – Pas dijangka akan meneruskan kerjasama bersama BN bagi menghadapi PRK Dun Semenyih.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu akan dilaksanakan sekiranya kerjasama di dalam PRK Parlimen Cameron Highlands membuahkan hasil positif.

Iklan
Iklan

"Kita akan kaji sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan di dalam PRK Cameron Highlands.

"Perkara yang positif akan terus di laksana dan yang negatif tidak akan diulang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Seni dan Hiburan Menurut Islam di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak setakat ini.

"Saya puas hati, satu hari saya berkunjung ke situ (Cameron Highlands) saya lihat kerjasama yang sangat baik dan amat memberi kesan yang positif.

Iklan

"Walaupun jumlah undi kita tak tahu lagi, prestasi semakin bagus susulan kejayaan Pas mendapat 3,000 undi di situ pada PRU14 lalu. Kalau Pas boleh kekalkan 2,000 undi sahaja, ia sudah dapat memberi kelebihan kepada calon pembangkang,” katanya.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Dalam PRU lalu, Bakhtiar (daripada PH) menewaskan penyandangnya, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (Pas) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).