PUTRAJAYA - Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan 2019 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, penangguhan tersebut dibuat sehingga satu tarikh baharu diperkenankan oleh pihak Istana Negara.
Iklan
Iklan
"Ingin dimaklumkan majlis istiadat ini ditangguhkan ke suatu tarikh baru yang bakal diperkenan oleh pihak Istana Negara," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Pada kelazimannya majlis tersebut diadakan pada 1 Februari setiap tahun sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Istiadat itu dizahirkan bagi mengiktiraf jasa dan bakti yang diberikan oleh individu kepada Wilayah Persekutuan secara khusus dan negara amnya.