CHRISTCHURCH - Lelaki kulit putih Australia, Brenton Tarrant yang membunuh 51 umat Islam tahun lalu di dua buah masjid di New Zealand tidak menunjukkan sebarang emosi dalam perbicaraan bagi menentukan hukuman ke atasnya di sebuah mahkamah semalam.
Perbicaraan selama empat hari itu dijangka berakhir Khamis ini apabila Hakim Cameron Mander akan menjatuhkan hukuman tersebut pada hari berkenaan.
Tertuduh yang berusia 29 tahun turut mengaku salah terhadap dakwaan 40 percubaan membunuh dan satu perbuatan keganasan pada Mac tahun lalu.
Beberapa peguam menjangkakan Tarrant menjadi individu pertama dipenjarakan seumur hidup tanpa dikenakan parol di New Zealand.
Dia ditangkap ketika sedang memandu untuk menyerang masjid ketiga di Ashburton kira-kira sejam perjalanan ke selatan Christchurch.
Dalam kejadian itu, Tarrant 'perlu menembak lebih ramai orang daripada apa yang dia telah lakukan', mahkamah diberitahu pada permulaan perbicaraan itu yang dikawal ketat dan di hadapan kaum keluarga dan mangsa yang pernah mengalami kecederaan akibat perbuatannya.
Mahkamah diberitahu bagaimana dia melepaskan tembakan ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak semasa kejadian tersebut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial tidak menghiraukan rayuan mangsa yang meminta pertolongan dan melanggar
seorang lelaki ketika memandu untuk ke sebuah masjid lain.
Pihak pendakwa raya, Barnaby Hawes memberitahu mahkamah.Tarrant turut menembak seorang budak lelaki yang sedang berpaut pada kaki bapanya
Dalam perbicaraan itu, Tarrant tidak diwakili peguam. - AFP