Isu Mohd Khairuddin hangatkan Dewan Rakyat

Iklan
Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tegang seketika apabila ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu 'double standard' ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tegang seketika apabila ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu 'double standard' ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Kekecohan bermula ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 sebelum beberapa ahli Parlimen bangkit mencelah.

Iklan
Iklan

Menurut Syed Saddiq, kompaun RM1,000 yang dikenakan ke atas Mohd Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus itu jelas tidak adil.

"Jelas di sini pelaksanaan undang-undang ada perbezaan, tolonglah jangan hendak mempertahankan benda yang salah.

Iklan

"Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) pun tidak mahu pertahankan, ada banyak yang lain tidak pertahankan, ada sampai suruh letak jawatan. Ini boleh kata bawa RM82 bilion pelaburan kelapa sawit, jangan menipu kerana kalau kita menipu dalam bab ini rakyat di luar sana hilang hormat kepada Yang Berhormat," katanya.

Kenyataan Syed Saddiq itu merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mempertahankan Mohd Khairuddin ketika sesi perbahasan sesi pagi.

Iklan

Keadaan bertambah kecoh apabila Abdul Azeez bangkit mencelah mempertahankan kenyataannya itu.

"Tidak ada menipu Yang Berhormat yer," katanya.

Selepas itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) turut bangkit mencelah bagi menyokong kenyataan Syed Saddiq.

Kekecohan berlanjutan beberapa minit sebelum Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun campur tangan bagi menghentikan pertikaman lidah itu.

"Maaf, maaf semua Yang Berhormat sebenarnya kita sedang membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020, jadi kita bahaskan dasar undang-undang ini.

"Pasal yang pergi Turki itu tidak ada kena mengena pun dengan dasar atau merit RUU ini, jadi marilah kita tumpukan kepada RUU ini," katanya.