Vierge, Dixon mula beri impak positif

Iklan
Vierge, Dixon mula beri impak positif - Foto PETRONAS SRT

AKSI konsisten dua pelumba Moto2 Petronas Yamaha SRT, Xavi Vierge dan Jake Dixon menyaksikan duo itu menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Styria di Litar Red Bull Ring, semalam sekali gus menyaksikan pasukan berkenaan mencatatkan keputusan terbaik bagi kategori Moto2 setakat ini.

Menurut Vierge, dia gembira dengan pencapaian berkenaan biarpun agak bergelut pada sesi kelayakan baru-baru ini hingga terpaksa memulakan perlumbaan pada petak ke-19 kali ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, segala kesukaran itu berjaya diatasi dan menyaksikan pasukan dapat mengharungi perlumbaan kali ini dengan baik.

"Saya sangat gembira kami akhirnya mendapat rentak setelah sepanjang minggu memberikan fokus pada perlumbaan kali ini.

Iklan

"Bagi saya, banyak perkara positif yang boleh dilihat di sini dan kami sememangnya mengharungi perlumbaan yang baik.

"Kita bermula pada kedudukan yang tidak memuaskan iaitu di petak ke-19 tetapi masih mampu menamatkan perlumbaan dengan keputusan baik keenam, dan ia sekali gus menjadi bukti saya dan pasukan termasuk jentera telah banyak meningkat dan bersedia untuk GP San Marino," katanya.

Iklan

Sementara itu, rakan sepasukannya Jake Dixon berbangga apabila berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelapan walaupun hanya menyasarkan kedudukan ke-10 atau ke-14 kali ini.

"Saya sungguh gembira kali ini dan kami perlu terus bekerja keras kerana saingan dalam Moto2 tidak menentu turun naiknya.

"Secara keseluruhannya pasukan juga telah bekerja keras dan bekerjasama hasil hubungan baik yang terjalin selama ini," katanya.

Keputusan perlumbaan di GP Styria itu menyaksikan Vierge kini berada pada kedudukan ketujuh dengan 46 mata, manakala Dixon berada pada kedudukan ke-18 dengan 12 mata dalam siri Kejohanan Dunia.