PRN Sabah: PCS tolak kerjasama dengan BN

Iklan
ANIFAH

SHAH ALAM - Parti Cinta Sabah (PCS) tetap dengan pendirian tidak akan bergabung dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan PCS bersedia bertanding dalam jumlah yang boleh membentuk kerajaan pada PRN itu.

Iklan
Iklan

"Sebagai Presiden PCS, saya ingin mengulang dan menegaskan sekali lagi dasar perjuangan PCS untuk Pilihan Raya Sabah akan datang.

"Kami tidak berpakat dan bergabung dengan mana-mana parti untuk tujuan pilihan raya negeri dan akan bertanding sebanyak mana kerusi untuk membentuk kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, bekas Menteri Luar itu turut berterima kasih kepada pihak yang berhasrat bergabung dengan PCS.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan membentuk satu gabungan parti seperti Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan PCS supaya terdapat pakatan besar hanya dengan parti politik di negeri itu.

Iklan

Katanya, BN akan mengemukakan perjanjian baharu melalui manifesto bagi pengundi di Sabah.

Awal Ogos lalu, Timbalan Presiden PCS,Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam satu kenyataan berkata, senarai calon PCS sudah diterima tetapi belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Beliau berkata, calon bertanding dan jumlah kerusi itu akan diumumkan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman berhubung tarikh PRN Sabah.