ALOR GAJAH - Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Datuk Latipah Omar menziarahi seorang bekas jurugambar Kumpulan Media Karangkraf, Yusfa Ashya yang terlantar sakit di rumahnya di jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, baru-baru ini.
Yusfa Ashya atau nama sebenarnya Abd Wahab Abdullah menghidap kanser usus tahap empat kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada anak-anak untuk menguruskan diri.