Kerjasama AirAsia.com, Agoda bantu industri pelancongan

Iklan
Kolaboratif antara AirAsia.com dan Agoda itu dijangka dapat menawarkan akses pelbagai tawaran produk, kemudahan dan nilai kepada pelancong.

AirAsia.com dan Agoda menjalinkan kerjasama strategik untuk memacu permintaan perjalanan di Asia Tenggara, sekali gus memperkukuh tawaran dalam aplikasi syarikat penerbangan tambah murah berkenaan.

AirAsia menjelaskan, kerjasama antara kedua-dua pihak itu dijangka dapat memanfaatkan kekuatan platform digital masing-masing melalui perkongsian inventori penerbangan dan hotel yang menawarkan akses pelbagai tawaran produk, kemudahan dan nilai kepada pelancong.

Iklan
Iklan

Katanya, inisiatif kerjasama tersebut merangkumi pakej perjalanan, keistimewaan keahlian dan pemasaran produk bersama.

"Pelanggan AirAsia.com kini dapat menikmati lebih banyak pilihan penginapan daripada Agoda melebihi 600,000 dengan tempahan melalui SNAP, yang menawarkan pakej penerbangan dan hotel dengan nilai terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kerjasama berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh syarikat penerbangan tambang murah itu untuk meningkatkan permintaan perjalanan sebaik sahaja sempadan di Asia Tenggara dibuka semula dalam masa terdekat.

"Kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi lebih kemudahan, pilihan dan nilai kepada tetamu, terutamanya dalam situasi pasca Covid-19 ini.

Iklan

"Malah, ia juga memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama secara inovatif dengan Agoda untuk menawarkan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup yang lebih baik kepada tetamu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, John Brown berkata, pihaknya mementingkan inovasi dalam aspek kerjasama, teknologi, cara tempahan dibuat dan pengalaman perjalanan.

"Kerjasama secara inovatif amat penting untuk kita mencari penyelesaian bersama dan memacu permintaan perjalanan untuk membantu industri pelancongan secara menyeluruh,” katanya.