Gadis disangka hilang rupanya tidur atas pokok

Iklan
Gambar fail menunjukkan seekor ibu beruang dan anaknya di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, Amerika Syarikat. - Foto AFP

WEBB - Seorang gadis cantik berusia belasan tahun yang disangka hilang rupa-rupanya bersembunyi dan tidur di atas pokok bagi mengelakkan dia diserang oleh seekor beruang.

Situasi itu dialami oleh Rachel Smith, 19, selepas dia dilaporkan hilang di Daerah Herkimer pada minggu lalu dari rumahnya di Jalan Brisby Old Farge kira-kira jam 7 malam.

Iklan
Iklan

Kehilangan gadis jelita itu telah menyebabkan kira-kira 400 orang menyertai gerakan bagi mencarinya pada petang Selasa minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut polis New York, dia ditemui selamat pada pagi Rabu lalu.

Iklan

Anggota-anggota pihak berkuasa berkata, Smith pada mulanya berjoging di laluan Ha-De-Ron-Dah apabila dia terserempak dengan beberapa ekor anak beruang.

Ketika ibu haiwan itu muncul, gadis jelita itu bertindak memanjat sebatang pokok untuk mengelakkan diri daripada beruang tersebut.

Iklan

Smith turut memberitahu anggota-anggota pihak berkuasa dia juga tidur di atas pokok itu.

Selepas tidur, katanya kepada polis, dia turun dari pokok tersebut pada waktu pagi dan berjaya mencari jalan pulang.

Menurut sebuah portal berita, Smith memberitahu polis bahawa dia tidak membawa telefon bimbit manakala alat pengesan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) miliknya pula sudah kehabisan bateri.

Gadis itu berkata kepada polis, dia kemudian berlari ke arah seorang seseorang yang diketahuinya sebagai anggota kumpulan yang sedang mencarinya.

Seterusnya, dia dihantar pulang ke rumahnya oleh anggota kumpulan tersebut.

Smith juga bertindak menghubungi talian kecemasan 911 untuk membuat laporan tentang situasi yang sebenar selepas dia pulang ke rumah.