FCAV pacu industri pertanian di Perlis

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John (kiri), Azlan dan Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya (dua dari kanan) pada majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan NCIA di Perlis baru-baru ini.

FGV Holdings Berhad (FGV) memberi peluang kepada 15 agropreneur anak tempatan untuk memajukan tanaman nanas MD2 di bawah projek FGV Chuping Agro Valley (FCAV) di Perlis.

FGV menjelaskan, pihaknya memperuntukkan kawasan ladang kontrak seluas 150 ekar untuk penanaman serta menyasarkan 4,000 metrik tan penghasilan buah nanas MD2 setahun dengan nilai hasil jualan RM12 juta.

Iklan
Iklan

"Pojek FCAV merangkumi empat segmen utama iaitu ladang kontrak nanas MD2, ladang ubi kayu komersial, ladang mangga harumanis dan lembah tenusu.

"Ia turut menempatkan kilang makanan ternakan haiwan, kompleks perumahan pekerja dan pusat penyelidikan kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

FGV berkata, FCAV bakal dibangunkan mengikut jadual setelah FGV menandatangani memorandum kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada majlis Komitmen Pelaburan di Negeri Perlis bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Perlis baru-baru ini.

Projek FCAV yang mengambil masa dua tahun itu dijangka membawa perubahan besar kepada landskap industri pertanian di Perlis kerana menggunakan pendekatan Revolusi Industri 4.0.

Iklan