Serangan bom berkembar gempar selatan Filipina

Iklan
Tentera mengepung lokasi kejadian selepas sebuah bom yang diubah suai meletup di bandar Jolo, wilayah Sulu hari ini. Foto: AFP

JOLO - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan kira-kira 36 cedera semalam dalam kejadian serangan bom berkembar melibatkan pengebom bunuh diri di wilayah selatan Filipina yang merupakan kubu kuat kumpulan pemisah di negara itu.

Serangan menggemparkan itu berlaku apabila alat letupan yang diubah suai dipasang pada sebuah motosikal yang diparkir di sebuah pasar raya di bandar Jolo, wilayah Sulu yang didiami majoriti penduduk Muslim meletup secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

"Kejadian letupan kedua yang berlaku pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) didalangi seorang pengebom bunuh diri wanita yang bertindak meletupkan dirinya ketika dihampiri anggota tentera yang mengepung kawasan tersebut.

"Insiden itu turut menyebabkan enam anggota keselamatan lain cedera,” kata jurucakap polis.

Iklan

Pada Januari 2019, Jolo pernah digemparkan dengan serangan bom berkembar menyasarkan Katedral Katolik yang meragut 23 nyawa dan lebih 100 cedera. - AFP

Iklan