Isu wanita pandai memasak lebih seksi

Iklan
Untitled

DULU kehandalan perempuan memasak adalah tanggapan klise, dikaitkan dengan strategi menambat hati suami dan mentua. Seolah-olah perempuan pandai memasak berada di atas hierarki sosial teragung dalam masyarakat.

Tapi pada zaman ini, kepandaian memasak untuk menambat hati suami atau mentua sudah dilupakan bahkan ada perempuan kata kenyataan itu mengarut. Sebaliknya perspektif baru muncul iaitu kepandaian memasak menjadi penyelamat dalam kegawatan ekonomi.

Iklan
Iklan

Penulis berani berkata begitu selepas melihat beberapa rakan wanita yang terkandas kerjaya makan gaji, masih peroleh pendapatan disebabkan mereka handal memasak kerana mereka tahu caranya.

Penulis berminat menyentuh perihal wanita handal memasak dalam kumpulan isi rumah B40 yang suaminya cuma bergaji ‘ciput’.

Iklan

Memandangkan trend bisnes makanan dalam talian diikuti peningkatan penggunaan media sosial dalam negara, wanita handal memasak rebutlah peluang menggunakan kehandalan di dapur untuk mengusahakan perniagaan makanan secara dalam talian kerana ia tidak perlukan modal besar.

Keadaan ekonomi tidak menentu antaranya menyaksikan kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei tahun ini yang mencatatkan 826,100 penganggur, menurut Jabatan Perangkaan. Tetapi wanita pandai memasak tidak perlu takut jika ditakdirkan hilang pekerjaan. Dengan Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube, anda boleh guna untuk berniaga makanan dalam talian yang kini menjadi trend. Baru-baru ini, penulis sendiri terpengaruh membeli sandwic poket Doraemon selepas terpandang posting di Facebook.

Iklan

Lihat, anda boleh guna kuasa tular untuk mempromosikan produk. Sandwic poket Doraemon, kek marble jelita, roti sarang lebah, sambal hitam dan pelbagai lagi makanan yang anda pakar buat. Promosikan sebaiknya kerana dunia hari ini ada media sosial. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, perniagaan makanan dalam talian menjanjikan kantung duit dan anda boleh bergelar usahawan makanan dalam talian.Buat duit

Bayangkan penembusan internet di Malaysia pada tahap 80 peratus, dengan pengguna membelanjakan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian, menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019. Jadi, ambil peluang. Jadikan kisah Natasha Helwa Ramlee sebagai motivasi kerana dia menunjukkan bidang masakan boleh berjaya. Jika dulu dia suri rumah, dek kerana minat memasak hasil jualan sandwic buatannya mencecah RM80,000 sebulan dengan menggunakan medium dalam talian.

Wanita handal memasak mungkin boleh cuba satu lagi cara. Kebijaksanaan mengkomersialkan bakat dan kehandalan memasak boleh mendatangkan wang. Lihat YouTuber seperti Pavitra yang berubah status hidup kerana kehandalannya memasak. Dia menarik hampir sejuta subscribers untuk saluran YouTube miliknya. Ia mendatangkan wang. Tidakkah itu motivasi?

Gunakan FB, Instagram, YouTube dan Tik Tok dengan bijak untuk produk anda semua. Tak salah buat FB live tunjuk sandwic, post di Instagram sandwic poket Doraemon, kongsikan tip sambal hitam di YouTube atau alang-alang suka Tik Tok, apa salahnya menari dengan senduk sambil masak kari.

Penulis tidak suka jika perempuan merungut tidak cukup duit walhal handal memasak. Kita sudah 63 tahun merdeka dan hidup bebas. Jadi, bebaslah daripada belenggu takut tak laku, takut diketawakan.

Penulis sendiri, jika handal memasak dan handal uli roti, berhasrat untuk mengusahakan bisnes makanan dalam talian.Tetapi apakan daya, penulis masak kari telur pun belum lepas. Penulis memang belajar memasak sebab nak berniaga nanti.

Selain peluang perniagaan, perempuan pandai memasak boleh menjimatkan perbelanjaan iaitu mengurangkan kos makan di luar. Mereka boleh bantu suami berjimat terutama bagi golongan marhaen. Kepada yang bujang boleh simpan duit untuk kahwin.

Tetapi sewaktu menulis artikel ini, penulis ada terbaca satu komen mengatakan perempuan pandai memasak adalah seksi. Ada juga komen mendakwa perempuan pandai memasak ini jadi kesayangan suami. Alahai, mengarutnya! Bukalah minda dan Selamat Hari Merdeka!

* Anita Abu Hasan ialah Editor di Meja Pemerolehan Berita Sinar Harian