Premis proses mi kuning ditutup dua minggu

Iklan
Operasi dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang memproses mi kuning di Bandar Tun Razak di sini diarah tutup setelah pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis berkenaan kotor dan tidak menepati peraturan kebersihan yang ditetapkan, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan berkata, operasi dijalankan itu mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati sembilan orang warga Myanmar tidak mematuhi etika pemakaian pengendali makanan.

Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor.

"Selain itu, lantai premis didapati kotor serta berdaki hitam di ruang belakang premis kilang selain terdapat hurungan tikus di dalam premis perniagaan berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan

Katanya, keadaan premis tidak tersusun kemas dan tiada amalan First-In-First-Out (FIFO) dalam stor bahan makanan kering.

Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor.

"Makanan siap bungkus diletakkan terus di atas permukaan lantai (mi kuning)

Iklan

"Tindakan dikenakan di bawah Undang-undang Kecil 7 di mana pengendali makanan tidak memakai apron, topi dan pakaian yang sesuai dan Notis Perintah Premis Tidak Suci di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 Ogos 2020," katanya.